Monday, August 16, 2010
Alhamdullilah.
Selamat dah aku berbuka puasa tadi bersama keluarga. Bihun sup, air jambu and sedikit nasi berlaukkan ayam dan tomyam. Lepas berbuka, wajiblah berasap hehe. If korang hisap rokok korang tau la nikmat merokok selepas makan. Terbaik you !
So tadi tengahari lepas struggle paksa diri tidur akhirnya aku tidur jugak. Tau macamana aku buat bagi nak tidur? dengar mp3 lagu leleh sure automatik lelap terus. Aku sedar-sedar dah pukul 5.40 petang.
So lepas bangun je terus on laptop and macam biase la, facebook. Reply-reply comment tetibe kawan aku si Apis call ajak gi Bazar Ramadhan. Dia suh aku siap-siap and then gi gegar rumah Zack, Amy and Wan.
Satu lagi kerja aku nak kena tunggu budak-budak ni sorang-sorang mandi. Semua baru bangun tidur. Ish ish ish ape nak jadi la tidur sampai petang hehe. Last-last kul 6.40 petang baru gerak. So kami ride berbasikal ke rumah Ajoy sebab Apis dan Ajoy tunggu kami si situ. Sampai-sampai, dieorang takde. Maybe sebab kiteorang lambat sangat kot.
So kiteorang gi terus ke Bazar Ramadhan belakang pasaraya Bilion. Kawan aku ; Syawal ,ada berniaga air kat situ. Trademark gerai die air jambu Rastafari. So aku pun beli la support member dengan harga rm2.00 sebungkus. Banyak jugak sebungkus pun. Tetiba kat aku dia kira rm1.00 je sebungkus. Hurm alang-alang aku mintak lagi sebungkus. Serius air jambu die terpadu sekali. Esok gua confirm beli lagi 18 bungkus.
Naik basikal balik rumah terhoyong hayang aku gara-gara air berat nak mati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment