Wednesday, August 18, 2010

Still in bad condition.


Well, untuk post kali ni aku rasa maybe agak panjang sket. Sebab banyak aktiviti and benda aku buat dari malam semalam (selasa) sampailah ke hari ini. Sumpah aku memang habis penat, dengan rasa tak selesa sebab still demam and selsema, and macam-macam lagi la. So korang ikut and baca je post ni if nak tau apa aktiviti aku.


Ok, selasa malam rabu, aku still demam, selsema and sakit kepala. Tapi disebabkan bosan duduk rumah tatau nak buat apa, so aku ambil keputusan untuk keluar ride jugak malam tu pergi ke Uptown Manjung. Watpe gi situ? Sebab member aku selaku budak Fixed Gear, Ajoy berniaga baju dan bermacam-macam benda lagi kat situ. Dan pada waktu yang sama, kawan-kawan aku dari serata dunia pun lepak situ. So aku ride sorang-sorang dari rumah ke sana.

Then cam biasa lepak-lepak dengan kawan sampailah kul 1 lebih aku dan member-member tolong si Ajoy kemas kedai. Tutup awal, sebab lepas kemas-kemas ni dieorang nak ke KL. Ntah apa tujuan pun aku tak tau. Yang plan cuma 4 orang pergi. Rupa-rupanya, si Ajoy nak gi borong barang kedai dia lagi kat Chow Kit. Dah settle kemas, kiteorang ke rumah Ajoy sebab nak tunggu dia mandi.

Malam tu kami 8 orang. Yang akan ke KL cuma 4 orang. Dalam 4 orang tu si Nazri, bawak kereta Unser untuk digunakan untuk ke KL nanti. Kerata tu memang besar la kan. Tengah dok tunggu si Ajoy mandi and siap, member aku ni, si Apis yang turut serta untuk ke KL, mengajak 4 orang yang tak pergi ni ikut skali. Masing-masing terkedu diam sambil tengok masing-masing. then sebulat suara kami cakap, "kami on je". Then masing-masing excited sebab kawan-kawan semua ikut skali. Aku agak trip ni cambest.

Dari umah Ajoy, kiteorang ke Mamak Era Lumut. sebelum tu, singgah di rumah Apis untuk ambil Smart Tag and aku pulak ke rumah aku berdekatan dengan rumah Apis untuk ambil laptop. Adelah jugak hiburan dalam kereta nanti sekurang-kurangnya kan. So dalam pukul lebih kurang pukul 4 pagi camtu kiteorang gerak.

Bayangkan, kereta Unser yang mempunyai 8 tempat duduk kami gunakan dengan cara yang efisyen dan bersistematik. Cukup-cukup dan muat-muat. Then perjalanan pun bermula dan cam biasa kereta agak riuh rendah dengan gelak-gelak dari teka-teki yang kami main dan cerita lawak masing-masing. Memang aku happy ada kawan macam dieorang.

Sampai ke Teluk Intan dah pukul 5.20 pagi. And kami berhenti di Stesen pam minyak Shell untuk ke toilet dan membeli air dan menghisap rokok. Sebab dah nak Imsak dah kan. After that, kiteorang gerak. Aku ambil keputusan untuk tidur memandang aku tak sihat. Dieorang still menyembang and gelak-gelak usik mengusik aku rasa macam naik kereta dengan budak terencat plak. Hehehehe layan jela.

Dalam kul 7.30 pagi, aku terjaga sebab budak-budak ni bising-bising sambil tengok ke kiri bahu jalan. Time tu dah atas highway. Aku bukak mata and join apa yang dieorang tengok. Rupa-rupanya, ada sorang awek berdiri di tepi highway meminta tolong sambil melambai-lambai. So Apis selaku pemandu kereta time tu pun behenti. Berhenti plak jauh tak ingat. Then Semua turun dari kereta then berjalan ke awek tu sementara aku and didi duduk kat kereta,

Setengah jam lepas tu, baru dieorang datang ke kereta balik. Rupa-rupanya, awek tu terbabas ke dalam semak tepi highway. Punca die sebab tertidur. Tapi gua tabik respect kat awek tu sebab tak luka langsung pun. And gua syak die ade ilmu kebal. Kawan aku si Ajoy syak die tak cukup tidur maybe malam semalam die gi clubbing dan minum dengan banyak. Ntah macam-macam andaian budak-budak ni buat. Malas nak melayan, aku sambung tidur.

Bangun-bangun, aku sedar dah nak sampai Chow Kit. Ternampak kelibat pondan-pondan and bapok-bapok bertenggek di tepian kedai. Dalam hati aku cakap, "agak-agak la pagi-pagi pon ada". Siap ada jual kondom and ubat kuat kat belakang tempat kami perking kereta. baru aku tau kenapa Lorong Haji Taib sangat terkenal.So tanpa membuang masa, kami pon pergi mencari barang yang hendak dibeli.

Aku malas nak cite panjang, so dalam kul 12, semua benda dah settle, kami kelaparan. Semua ada alasan kukuh masing-masing kenapa tanak puasa harini. Aku demam. Ajoy terkorek hidung. Padahal saje je tu. So kiteorang decide nak makan KFC. Power ! Singgah KFC sebelah Wisma Campbell, beli 6 set, makan dalam kereta then straight to Jalan Gombak plak nak ke kedai Fixed Gear hehe.

Aku memang suka gi kedai ni. Even kali ni baru masuk kali kedua tapi aku suka. Sebab? anak taukeh kedai ni power la gile. Tapi, gua respect hubungan gua dengan Miley Cyrus gua, so gua decide untuk berlaku jujur. Dah settle beli barang kat Jalan Gombak, kiteorang pergi satu lagi kedai Fixed Gear, kat Seksyen 7, Shah Alam. Perjalanan agak sunyi sebab semua dah membusukkan diri. Siap berdengkur. Aku pulak mata agak steady sebab aku kan dah tidur.

So sampai Shah alam budak-budak ni beli-beli barang semua, settle pun. Tetibe si Ajoy, menyuarakan yang dia tak puas hati beli barang kat Chow Kit. Sebab sikit sangat barang die beli. Hurmmm, jam dah pukul 3 petang. Niat masing-masing nak berbuka di kampung halaman hancur. So patah balik ke KL. Aku tatau pape. Aku decide nak tidur je sampai balik Lumut. Dan dan la budak-budak yang duduk belakang mengusik-usik aku. Cucuk pipi, raba tetek, baling-baling tisu. Aku buat dek last-last tidur jugak.

Sedar-sedar dah sampai Manjung. Bila masa sampai Chow Kit bile mase gerak apa suma, lantak la. Yang aku sedar time berhenti di perhentian Tol Sungai Bikam tak silap aku. Time tu ku.6.40 petang and dieorang hisap rokok macam bukan bulan puasa. Selambe je. Siap satu bas tengok kiteorang. And mase aku nak sambung tidur, dieorang suma bogelkan ajoy di belakang kereta and ambil gambar. Aku malas nak join, dalam otak aku janji sampai. So sampai rumah je aku kemas bilik, then mandi lastly ni ha aku updated blog.



*kesimpulan : blog kali ni bukan panjang sket, ni dah panjang gile.





No comments: