Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

It's been a while...



Well guys, it's been a while I didn't updated anything in my blog here. It is because to update a blog I must have a mood and time, which is I dont have and feel it both. And right now, since I dont know what to do, let me add something to keep it update hehe.


Hurm so actually there's nothing to tell and type here. Life's been normal now, except for the career. Sometimes my mom asked me when I will find a job. I know I always asked her for the money but come on mama you got alot of money and I am your son, right? Hehe for the time being I still wasting my life-time now hanging out with friends, sleep all day long, riding a fixed gear, and etc. And it's been 3 month that I am jobeless. Ala baru 3 bulan belum 3 tahun pun, kan mama?

And there's a new interests : Work Out. Wooow! sounds very cool isn't? Yeah it's truely cool tho. My friend ; Hafiz who were responsibles to make me felt that the work out thingy is so much fun and interested. And he got a body full with muscle and perfect six pack. Damn you ! So that's my daily routine from 5 till 7 pm every fucking day baby.

In everything that I've been through and involved yet busy with, deeply in my heart there is still a love :) my Miley Cyrus and owh my new bestfriend. I heard peeps around him called him "Adam Lambert"? what? you got to be kidding me right? Well I miss you too Joy. Dont worry Miley Cyrus and Adam Lambert, I'll never forget about you both even for a second.

Well that's all about my life and all the things that went happened around since the last time I'd updated the blog. Stay on your seat, more post will be update soon. Thanks for reading.




*Devendra Banhart - Carmensita.




Friday, August 20, 2010

ARRGGHH !


Yes, scream it loud amir. Just let it go and throw all the pain inside your heart away. You dont deserved to be like this. This is just not you. You're totally different than this. You are way better than this. So get up now Amir.

I am motivated myself. To be a better person than now. Been under pressured with emotionals, sadness and all the problems around me. sometimes I asked to myself, "This is what I really am?". being such a totally different from who I really am, i think that is the most pathetic and worst behaviour of mine.

Easily to ignore anything that happen around me and didn't really care about someone else who actually care about me, that is just unforgivable. That is Amir and he is the unforgivable sinner. Or this is what we call EGO? Yes, i think it could be better yet I think that it is. I am such an ego person, and I admit that myself.

Someone usually asked this question to me"Amir u sihat? Dah makan? How's your day?". And I answered, "Ok je". That's it? Personally, I think that is rude enough. And this is what I've set in mind, and this is why I became such an ego person. "Do I care about you?", "Do I care if you hate me because I didn't treat you nicely?", "Do I care if you dont want to talk to me anymore?" "Just go fuck yourself". This is the right or a better way to get out from the misery? No.

Do I have a way to solve this things and fix myself yet change myself to be a better person? Or is it better for me to stay like this, the same ego and rude Amir like you know me before? Or why do I have to change? Is it for everybody but not me? Lord, help me find the answer. I even can't help myself to be what I want to be.



Thursday, August 19, 2010

There's always something in the way.

Well, today murid-murid, teacher Amir nak berspeaking dalam blog ni. Murid-murid sila beri tumpuan pada teacher supaya murid-murid dapat meningkatkan taraf pengetahuan bahasa inggeris murid-murid ye. Ok if tade pape teacher mule kan sekarang tau murid-murid. Erm yang belakang tu tolong jangan bising ye, teacher baling kepala korang dengan duster ni nanti.


I felt sad and misery lately. Too much things keep playing in my mind. I think I'm lonely and I need someone to be with me always, but he/she is not here :(


Ok murid-murid, tu saje pelajaran kita pada hari ni ye. Mari kita enjoy video yang teacher post ni berdasarkan ayat-ayat bahasa Inggeris yang teacher nyatakan di atas.







*murid-murid : "aaaaaaaaaaa?"


Wednesday, August 18, 2010

Lord know how badly I need you.


I wish you were here now.
:(


Still in bad condition.


Well, untuk post kali ni aku rasa maybe agak panjang sket. Sebab banyak aktiviti and benda aku buat dari malam semalam (selasa) sampailah ke hari ini. Sumpah aku memang habis penat, dengan rasa tak selesa sebab still demam and selsema, and macam-macam lagi la. So korang ikut and baca je post ni if nak tau apa aktiviti aku.


Ok, selasa malam rabu, aku still demam, selsema and sakit kepala. Tapi disebabkan bosan duduk rumah tatau nak buat apa, so aku ambil keputusan untuk keluar ride jugak malam tu pergi ke Uptown Manjung. Watpe gi situ? Sebab member aku selaku budak Fixed Gear, Ajoy berniaga baju dan bermacam-macam benda lagi kat situ. Dan pada waktu yang sama, kawan-kawan aku dari serata dunia pun lepak situ. So aku ride sorang-sorang dari rumah ke sana.

Then cam biasa lepak-lepak dengan kawan sampailah kul 1 lebih aku dan member-member tolong si Ajoy kemas kedai. Tutup awal, sebab lepas kemas-kemas ni dieorang nak ke KL. Ntah apa tujuan pun aku tak tau. Yang plan cuma 4 orang pergi. Rupa-rupanya, si Ajoy nak gi borong barang kedai dia lagi kat Chow Kit. Dah settle kemas, kiteorang ke rumah Ajoy sebab nak tunggu dia mandi.

Malam tu kami 8 orang. Yang akan ke KL cuma 4 orang. Dalam 4 orang tu si Nazri, bawak kereta Unser untuk digunakan untuk ke KL nanti. Kerata tu memang besar la kan. Tengah dok tunggu si Ajoy mandi and siap, member aku ni, si Apis yang turut serta untuk ke KL, mengajak 4 orang yang tak pergi ni ikut skali. Masing-masing terkedu diam sambil tengok masing-masing. then sebulat suara kami cakap, "kami on je". Then masing-masing excited sebab kawan-kawan semua ikut skali. Aku agak trip ni cambest.

Dari umah Ajoy, kiteorang ke Mamak Era Lumut. sebelum tu, singgah di rumah Apis untuk ambil Smart Tag and aku pulak ke rumah aku berdekatan dengan rumah Apis untuk ambil laptop. Adelah jugak hiburan dalam kereta nanti sekurang-kurangnya kan. So dalam pukul lebih kurang pukul 4 pagi camtu kiteorang gerak.

Bayangkan, kereta Unser yang mempunyai 8 tempat duduk kami gunakan dengan cara yang efisyen dan bersistematik. Cukup-cukup dan muat-muat. Then perjalanan pun bermula dan cam biasa kereta agak riuh rendah dengan gelak-gelak dari teka-teki yang kami main dan cerita lawak masing-masing. Memang aku happy ada kawan macam dieorang.

Sampai ke Teluk Intan dah pukul 5.20 pagi. And kami berhenti di Stesen pam minyak Shell untuk ke toilet dan membeli air dan menghisap rokok. Sebab dah nak Imsak dah kan. After that, kiteorang gerak. Aku ambil keputusan untuk tidur memandang aku tak sihat. Dieorang still menyembang and gelak-gelak usik mengusik aku rasa macam naik kereta dengan budak terencat plak. Hehehehe layan jela.

Dalam kul 7.30 pagi, aku terjaga sebab budak-budak ni bising-bising sambil tengok ke kiri bahu jalan. Time tu dah atas highway. Aku bukak mata and join apa yang dieorang tengok. Rupa-rupanya, ada sorang awek berdiri di tepi highway meminta tolong sambil melambai-lambai. So Apis selaku pemandu kereta time tu pun behenti. Berhenti plak jauh tak ingat. Then Semua turun dari kereta then berjalan ke awek tu sementara aku and didi duduk kat kereta,

Setengah jam lepas tu, baru dieorang datang ke kereta balik. Rupa-rupanya, awek tu terbabas ke dalam semak tepi highway. Punca die sebab tertidur. Tapi gua tabik respect kat awek tu sebab tak luka langsung pun. And gua syak die ade ilmu kebal. Kawan aku si Ajoy syak die tak cukup tidur maybe malam semalam die gi clubbing dan minum dengan banyak. Ntah macam-macam andaian budak-budak ni buat. Malas nak melayan, aku sambung tidur.

Bangun-bangun, aku sedar dah nak sampai Chow Kit. Ternampak kelibat pondan-pondan and bapok-bapok bertenggek di tepian kedai. Dalam hati aku cakap, "agak-agak la pagi-pagi pon ada". Siap ada jual kondom and ubat kuat kat belakang tempat kami perking kereta. baru aku tau kenapa Lorong Haji Taib sangat terkenal.So tanpa membuang masa, kami pon pergi mencari barang yang hendak dibeli.

Aku malas nak cite panjang, so dalam kul 12, semua benda dah settle, kami kelaparan. Semua ada alasan kukuh masing-masing kenapa tanak puasa harini. Aku demam. Ajoy terkorek hidung. Padahal saje je tu. So kiteorang decide nak makan KFC. Power ! Singgah KFC sebelah Wisma Campbell, beli 6 set, makan dalam kereta then straight to Jalan Gombak plak nak ke kedai Fixed Gear hehe.

Aku memang suka gi kedai ni. Even kali ni baru masuk kali kedua tapi aku suka. Sebab? anak taukeh kedai ni power la gile. Tapi, gua respect hubungan gua dengan Miley Cyrus gua, so gua decide untuk berlaku jujur. Dah settle beli barang kat Jalan Gombak, kiteorang pergi satu lagi kedai Fixed Gear, kat Seksyen 7, Shah Alam. Perjalanan agak sunyi sebab semua dah membusukkan diri. Siap berdengkur. Aku pulak mata agak steady sebab aku kan dah tidur.

So sampai Shah alam budak-budak ni beli-beli barang semua, settle pun. Tetibe si Ajoy, menyuarakan yang dia tak puas hati beli barang kat Chow Kit. Sebab sikit sangat barang die beli. Hurmmm, jam dah pukul 3 petang. Niat masing-masing nak berbuka di kampung halaman hancur. So patah balik ke KL. Aku tatau pape. Aku decide nak tidur je sampai balik Lumut. Dan dan la budak-budak yang duduk belakang mengusik-usik aku. Cucuk pipi, raba tetek, baling-baling tisu. Aku buat dek last-last tidur jugak.

Sedar-sedar dah sampai Manjung. Bila masa sampai Chow Kit bile mase gerak apa suma, lantak la. Yang aku sedar time berhenti di perhentian Tol Sungai Bikam tak silap aku. Time tu ku.6.40 petang and dieorang hisap rokok macam bukan bulan puasa. Selambe je. Siap satu bas tengok kiteorang. And mase aku nak sambung tidur, dieorang suma bogelkan ajoy di belakang kereta and ambil gambar. Aku malas nak join, dalam otak aku janji sampai. So sampai rumah je aku kemas bilik, then mandi lastly ni ha aku updated blog.



*kesimpulan : blog kali ni bukan panjang sket, ni dah panjang gile.





Tuesday, August 17, 2010

Cold.


Duh menyesal aku ride dalam hujan malam semalam. kan dah demam, selsema and tekak kering ni ha. Hurm duduk rumah jela aku 3-4 hari ni :(

and this is the perfect song for my condition now.




Amirul Asraf I hope you'll getting better soon aite :')

Monday, August 16, 2010

Meleleh-leleh you.



Pukul 1.38 tengahari. Tu benda yang first aku nampak sebaik sahaja mata terbuka sedar dari tidur. Dalam hati bermaki maki, "apsal awal sangat aku terjaga hari ni?". Then aku pikir tak baik plak cakap camtu, kang tuhan tak bangunkan aku terus satu hal plak. So, alhamdullilah...

Nak tidur balik memang takkan dapat punya sebab aku jenis yang bila dah bangun memang terus segar. Sambil mengeliat atas katil aku fikir apa nak buat ni? nak keluar pun nak gi mana kawan-kawan sure tengah tidur lagi semua time-time ni. Damn...aku jadi buntu kejap.

Cuaca hari ni agak panas. So malas la i nak keluar. Nanti hitam kulit i kena panas tau you all. Ok so macam biasa, on laptop, online Facebook and YM tapi aku tak chat dengan siapa-siapa pun. Just reply comment and updated status je. Dah masuk sejam aku online dah mula muak dengan Facebook.

Aku baru teringat aku ada download movie 2 malam lepas. Cerita Jim Carrey berlakon ala-ala psycho and investigate punya movie ; The Number 23. So layan jela daripada aku muak dan muntah darah asik online Facebook je.

Dan dan movie baru nak start, angin sepoi-sepoi bahasa menusuk ke dalam tingkap bilik aku. Sejuk la gile. Dalam firasat gua, kejap lagi mesti hujan lebat. Sekali betul. Memang mood paling best aku nak baring sambil melayan movie.

Owh, aku lupe pulak point tajuk entry kali ni. Aku selsema separa kritikal. takde la teruk sangat tapi agak berbangga jugak la aku hingus ni meleleh laju tak ingat cam air sampai ke mulut dan kemudian mengalir sejuk ke sekitar dagu. Ini gua ingat dah boleh memudaratkan dan menggoyahkan kestabilan puasa gua.

So dengan keadaan hari yang hujan di tengahari dan berbekalkan sapu tangan digenggam erat, gua pun meneruskan untuk menonton cerita The Number 23.


Aktiviti Malam.



Fuh, penat gila berkayuh malam ni. Tapi aku rasa ni tak cukup penat berbanding kayuhan di malam minggu. Aku baru je sampai rumah ni. Jam pukul 4.05 pagi. Ingatkan sempat nak chatting dengan Joy, but malangnya dia dah offline. So aku pun takde benda lain nak buat, update jela blog setan ni hehe.

Kayuhan malam minggu bagi aku memang penat tapi seronok sebab semua budak Fixed Gear akan gathered and ride sekali. Tiap-tiap malam minggu je kiteorang sure akan ke Lumut. Yela memang ramai orang lepak situ malam-malam minggu. Begitu juga gadis-gadis pusat pengajian swasta mahupun awam. Memang dieorang akan berkeliaran di Lumut. Tapi tu bukan niat utama aku la, sebab aku kan dah ade Miley cyrus aku hehe.

Kayuhan ke Lumut dari tempat kiteorang gath, aku rase cam tak best je pakai perkataan "gath" ni, so berkumpul la. Ok dari Lumut ke tempat kiteorang berkumpul jarak dia 10.4 kilometer. Itu pergi sahaja. So ulang alik jadilah 20.8 kilometer. Digenapkan jadilah 11 kilometer.

Korang bayangkan, kalau tiap-tiap minggu aku ride 11 kilometer, mak aih aku ingat bulan depan dah boleh fit cam Gerard butler. Boleh? Apsal korang gelak? Taleh eh aku dapat badan cam dia? Boleh kot. Amirul Asraf kan power :D


Boleh kot. Kan tawan tawan ?




Alhamdullilah.


Selamat dah aku berbuka puasa tadi bersama keluarga. Bihun sup, air jambu and sedikit nasi berlaukkan ayam dan tomyam. Lepas berbuka, wajiblah berasap hehe. If korang hisap rokok korang tau la nikmat merokok selepas makan. Terbaik you !


So tadi tengahari lepas struggle paksa diri tidur akhirnya aku tidur jugak. Tau macamana aku buat bagi nak tidur? dengar mp3 lagu leleh sure automatik lelap terus. Aku sedar-sedar dah pukul 5.40 petang.

So lepas bangun je terus on laptop and macam biase la, facebook. Reply-reply comment tetibe kawan aku si Apis call ajak gi Bazar Ramadhan. Dia suh aku siap-siap and then gi gegar rumah Zack, Amy and Wan.

Satu lagi kerja aku nak kena tunggu budak-budak ni sorang-sorang mandi. Semua baru bangun tidur. Ish ish ish ape nak jadi la tidur sampai petang hehe. Last-last kul 6.40 petang baru gerak. So kami ride berbasikal ke rumah Ajoy sebab Apis dan Ajoy tunggu kami si situ. Sampai-sampai, dieorang takde. Maybe sebab kiteorang lambat sangat kot.

So kiteorang gi terus ke Bazar Ramadhan belakang pasaraya Bilion. Kawan aku ; Syawal ,ada berniaga air kat situ. Trademark gerai die air jambu Rastafari. So aku pun beli la support member dengan harga rm2.00 sebungkus. Banyak jugak sebungkus pun. Tetiba kat aku dia kira rm1.00 je sebungkus. Hurm alang-alang aku mintak lagi sebungkus. Serius air jambu die terpadu sekali. Esok gua confirm beli lagi 18 bungkus.

Naik basikal balik rumah terhoyong hayang aku gara-gara air berat nak mati.


Sunday, August 15, 2010

Setan Punya Blog.


Macam-macam style tidur aku dah buat tak kenapa diri ini tidak mahu ditiduri?

Adakah ini penangan dari blog syaitan ni? duh...


Cukup Untuk Hari Ini.

Aku ingat cukup la post blog untuk harini. Dah 4 post aku buat. Sebenarnya blog ni dah lama aku buat. Tapi tak updated pon. Ni ntah kenapa tetiba cam rajin lak aku ni so buat jela. Cam syok je aku tengok korang buat, aaahh aku pun nak ada blog jugak.

Aku agak aku dah boleh tidur la sekarang. Ni dah pukul 12 tengahari dah ni. Ko gile apa dari semalam tak tidur gara-gara blog setan ni. Kang nak bangun kul berapa plak ni ha? Nak gi Bazaar Ramadhan lagi nak ushar-ushar awek. Eh? sorry sayang hehehe. Ishh mesti kene tidur wahai Amirul Asraf.

Ok gua membusukkan diri dulu. Chiaw.