Monday, August 16, 2010

Meleleh-leleh you.



Pukul 1.38 tengahari. Tu benda yang first aku nampak sebaik sahaja mata terbuka sedar dari tidur. Dalam hati bermaki maki, "apsal awal sangat aku terjaga hari ni?". Then aku pikir tak baik plak cakap camtu, kang tuhan tak bangunkan aku terus satu hal plak. So, alhamdullilah...

Nak tidur balik memang takkan dapat punya sebab aku jenis yang bila dah bangun memang terus segar. Sambil mengeliat atas katil aku fikir apa nak buat ni? nak keluar pun nak gi mana kawan-kawan sure tengah tidur lagi semua time-time ni. Damn...aku jadi buntu kejap.

Cuaca hari ni agak panas. So malas la i nak keluar. Nanti hitam kulit i kena panas tau you all. Ok so macam biasa, on laptop, online Facebook and YM tapi aku tak chat dengan siapa-siapa pun. Just reply comment and updated status je. Dah masuk sejam aku online dah mula muak dengan Facebook.

Aku baru teringat aku ada download movie 2 malam lepas. Cerita Jim Carrey berlakon ala-ala psycho and investigate punya movie ; The Number 23. So layan jela daripada aku muak dan muntah darah asik online Facebook je.

Dan dan movie baru nak start, angin sepoi-sepoi bahasa menusuk ke dalam tingkap bilik aku. Sejuk la gile. Dalam firasat gua, kejap lagi mesti hujan lebat. Sekali betul. Memang mood paling best aku nak baring sambil melayan movie.

Owh, aku lupe pulak point tajuk entry kali ni. Aku selsema separa kritikal. takde la teruk sangat tapi agak berbangga jugak la aku hingus ni meleleh laju tak ingat cam air sampai ke mulut dan kemudian mengalir sejuk ke sekitar dagu. Ini gua ingat dah boleh memudaratkan dan menggoyahkan kestabilan puasa gua.

So dengan keadaan hari yang hujan di tengahari dan berbekalkan sapu tangan digenggam erat, gua pun meneruskan untuk menonton cerita The Number 23.


No comments: