Thursday, August 26, 2010

Kau punya pasal la Gerald Butler !


Okay, gua rasa sekarang ni baru betul-betul gua ada point untuk updated blog gua ni. Sebab point kali ni agak celaka and bikin gua panas sekaligus membuatkan badan gua binasa. Huyooo...cam power je ayat-ayat gua tadi. Lu orang tengok title blog gua kali ni macam gua marah gile kat Gerald Butler kan? Yes.....memang gua marah la cite die.


Disebabkan beria-ria sangat nakkan badan and lengan macam Gerald Butler, gua pon start untuk work out setiap hari, dengan azam dalam 2-3 bulan nanti gua dah fit. Tapi gua tak pergi gym pon, kerana memandangkan kawan sekayuhan berbasikal prewel mati atau bahasa Inggerisnya; "Fixed Gear", beliau mempunyai set work out dan sauna yang berharga ribuan ringgit. Mamat tu memang banyak duit, dan sangat baik. Okay beralih semula kepada cerita gua ni, so disebabkan ramai kawan-kawan gua yang mengidamkan badan yang sasa dan berotot macam Hafiz, so si Hafiz ni pon memindahkan barang-barangan exercisenya ke Club House bujang kami.

Hari pertama, memang kami jakun. Berebut-rebut nak main sampai bergaduh-gaduh. Aku plak buat dek sambil melayan movie. Ceh konon-konon tanak layan benda-benda dumbell, sauna, bar weight and macam-macam lagi. Tapi dalam hati bukan main seronok lagi nak cuba. Takpe, rilek dulu jangan tunjuk yang ko ni jakun jugak Amir. So gua mula memikirkan macamana nak buat agar budak-budak ni semua tak selalu bermain alat-alatan bersenam ni. Yela, asik dieorang je yang main nanti aku bila pulak. So gua dapat satu idea.

Gua bawak semua DVD movies gua kat rumah and bawak pergi ke Club House Bujang. Nampaknya plan gua untuk mengusir semua budak-budak dari alatan senaman berjaya. Semua melekat kat depan TV tengok movie. Apa lagi, gua terus la conquer alatan-alatan exercise tu semua. Power kan gua? hehehe...

Hari pertama main memang best. Paling habis semangat dah gua ingat time tu. Dengan keazaman yang tinggi untuk memiliki susuk tubuh mengiurkan seperti brade Gerald Butler, gua spent 2 jam bermain kesemua alatan-alatan tersebut. Habis senaman, gua hisap rokok, dah hisap setengah, tengok jam dah pukul 6.30 pagi. Duh !

Hari kedua, cam biasa dieorang tengok movies lain. Kali ni banyak yang tidur awal. Mungkin sorang-sorang penat sebab malam semalam dah stay sampai ke pagi tengok movie. Gua hiraukan semua tu sebab gua dah sampai berkerut dahi melakukan senaman. Sampai berkerut dahi? korang tengok semangat tak semangat ?! haaa....

Hari ketiga, hari yang paling babi bagi gua. Si Hafiz, memasukkan 40 kilo besi bodoh pada palang bar dan dengan selamber dia mengangkat kesemuanya sambil berbaring. Aku kira dalam hati, 20 kali dia angkat. Gua ingat selepas 2 hari gua gigih melakukan senaman tumpuan pada lengan tempoh hari gua dah boleh tapau dia. Dan dan pulak si Hafiz, "hah Amir, angkat pulak". Dengan muka paling rilek gua baring kat kerusi senaman tu, dan memegang bar yang menampung berat 40 kilogram, dan keazaman yang gua tanam dalam hati untuk tapau Hafiz, gua angkat. Jumlah berapa kali gua angkat ; 2 kali.

Terus sakit gila bahu, lengan, belakang lengan, rangka dada, tulang sokongan leher gua, dan macam-macam lagi bahagian abdomen badan gua yang sakit. Bayangkan, gua nak bukak baju pon sakit gile nak angkat tangan. Apatah lagi masa gua nak mengubah posisi semasa tidur. Gua menggedik-gedik tanya kat Hafiz, kenapa sakit, dia kata, "Biasa la mula-mula. Otot nak kembang. Nanti dah selalu main tak rasa sakit dah."

Senangnye dia cakap. Tapi jangan khuatir, gua tetap semangat walaupun sakit-sakit badan gua ni. Kejap lagi, gua nak gerak pergi ke Club House Bujang untuk melakukan senaman lagi. Kali ni, gua nak angkat yang 5 kilogram jela dulu. Hehehe.....



*gerald Butler la sangat kan.....




No comments: